Diraikan Rakan Sepejabat - Cerita Ita                                                             Diraikan Rakan Sepejabat Langkau ke kandungan utama

Diraikan Rakan Sepejabat

Diraikan Rakan Sepejabat

kek limau
Kek limau yang sedap


Assalamualaikum semua,  ni baru betul cerita hari lahir tak habis-habis lagi. Dah 3 hari 3 malam dah pun hahaha. Korang layankan je la ya. Sebab entah-entah ni kali terakhir aku sambut hari lahir ke kan.. mana la tau. 

Jadi setiap peristiwa perlu dicoretkan sebagai kenangan. Bagi aku setiap kenangan tu sangat berharga. Walau kecil bagi orang lain tapi tidak bagi aku. Akan aku hargai semuanya.

Kali ni cerita diraikan rakan sepejabat pulak. Aku belum sempat ceritakan kisah tempat kerja baru aku sekarang ni. Nanti-nantilah aku cerita. Dipendekkan cerita kat pejabat kami ni ada 8 orang je. Jadi kadang-kadang tu nak tengok muka masing-masing pun payah. 

Bersama Puan Sue dan Reva


Tapi bila mereka tau hari lahir aku semalam gigih la mereka beli jugak kek dah juadah nak raikan aku. Alhamdulillah ayukur sangat. Terima kasih banyak Puan Sue dan Reva. Kek limau tu sedap sangat. Rasa macam makan aiskrim perisa limau yang selalu aku beli. Serius, esok kena tanya kat mana diorang beli haha. 

Karipap dan Nasi lemak

Ada juga dibelikan aku nasi lemak dan karipap. Kira kenyang la hari ni. Nasi lemak tu pun sedap. Tambah pulak aku bawak bekal lontong goreng. Kenyang berganda jawabnya. Nampak tak sekecil-kecil perkara yang kita buat akan meninggalkan kesan mendalam kat jiwa penerimanya. Jadi jangan pernah berhenti memberi juga supaya terus menghidupkan jiwa. Terima kasih Allah kerana sentiasa membahagiakanku.


Ceritaita

Ulasan

  1. bila kita dihargai tu kan..rasa mcm ramai je yg sayang

    BalasPadam
  2. Kita pernah makan kek limau macam tu, memang sedap dan tak muak.

    BalasPadam
  3. meriah, selamat tahun baru dan happy birthday ita semoga sentiasa dalam rahmat allah

    BalasPadam
  4. Seronok kan bila orang sekeliling meraikan kita macam nie, semua nie kita akan simpan kemas sebagai kenangan dan ingatan yang indah dalam hidup kita..

    BalasPadam
  5. Bagus rakan sepejabat jenis yang prihatin...best macam tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.